Hi. Musim cuti sekolah dah nak bermula. Kepada yang merancang untuk bercuti dan pulang ke kampung, hati-hati yer..
Selesai dah satu acara besar dalam hidup saya. 1 Mac 2013 @ 1.3.13 saya telah bernikah dengan gadis pilihan hati. Kawan lama masa sekolah. Siti Nur- Shazana bt Nasaruddin. Beliau merupakan kawan lama saya. Dalam ramai-ramai girlfriend, last-last tersangkut dengan si dia. Baru pulang dari pengajian kedoktorannya di New South Wales, negara kangaroo tahun ini selepas bermukim disana hampir 8 tahun.
Kini isteri saya menjadi surirumah tangga sepenuh masa & In shaa Allah beliau akan memulakan tugas beliau merawat mangsa-mangsa di hospital nanti selepas melahirkan bayi pertama kami, rezeki dari Allah yang tidak ternilai menjelang 26 Nov 2013 ( doktor yang kata, bukan saya..harap2nya baby lahir pada 11.12.13. haa !)
Anyway, pengurusan Saleha Homestay Group alhamdulillah berjalan seperti biasa. Kini saya telah melebarkan jaringan @ rangkaian saya dengan pertambahan 2 lagi rumah untuk sewaan bulanan dan harian. Takda la untung besar mana pun, asal cukup makan sudah. Seronok. Lebih lebih bila guest happy. Rasa nak cuba juga perniagaan berunsurkan khidmat pelanggan ni sebab saya lebih suka dan puas bila dapat memuaskan hati orang lain dan "dibayar" untuk itu.